Ahad, 6 Januari 2013

PERJUANGAN...!

Salam perjuangan,
Hidup ini memang satu perjuangan, tak kira lah kita sebagai apa dan siapa. Setiap kejadian alam dalam kita mengharungi kehidupan ini merupakan perkaitan diantara satu perjuagan individu dengan satu perjuangan individu yang lainnya.
Inspira? kenapa dengan inspira ini? apa kaitannya dengan perjuangan?
Rilek la...
Kalau lihat terus memanglah tak nampak apa apa pun..
kisah bermula pada satu suboh....
bapa kepada 10 orang anak selesai memanjatkan doa nya..
dia berdoa agar perjuangannya mencari rezeki pada hari ini diberkati demi keluarganya..
Si bapa tadi pun pergi berkerja di kilang membuat kenderaan di Tg Malim..
Waktu yang sama satu bapa lain yang menjadi pengawal keselamatan baru selesai bertugas sedang menyarungkan helmet mahu pulang sambil berdoa dan bersyukur kerana tuhan membantunya dalam perjuangannya bertugas hingga tamat tanpa masaalah dan dia meneruskan perjuangannya untuk pulang berjumpa isteri tersayang yang menantinya di rumah...
Isterinya juga tabah memperjuangkan keluarganya agar semua nampak sempurna walau hidup hanya secukup rasa, namun dia bangga dengan perjuangannya demi maruah dan kebanggaan suaminya..
Anak nya terjaga dengan bunyi ayahnya pulang dari kerja dan bingkas bangun..dia termenung dan bersyukur kerana tuhan memberinya kesempatan lagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu dan mencapai impian. Dia berjuang untuk menjadi pegawai besar satu hari nanti dan dia berazam mengubah nasib keluarganya dan di waktu itu dia akan mengunakan kereta INSPIRA idamannya..
kan pakcik kata ado yo perkaitannyo...
Beli lah kereta Inspira dengan aku...aku jual kereta...
ok esok sambung...

Jumaat, 4 Januari 2013

Aku orang biasa

Salam sejahtera kepada semua, aku dah cecah 40an... adoyai dah tua rupanya...
kadang kala hati terusik juga dengan peningkatan usia ni, bukan apa perasaan macam muda tapi segala gerak dan rasa dah mula berkurangan, nikmat hidup dah mulai di ambil kembali oleh tuhan...bila la nak insaf...hehehe.
Di waktu begini aku mengharapkan segala-gala berjalan dengan baik dan terancang, maklumlah pertengahan usialah katakan.. sebelum bersara nak juga ada harta. Anak? aku dah ramai le...8 orang dah semua lelaki..
yang paling besar dah umur 15 tahun dan yang kecik sekali umur 4 tahun.
Aku mengimpikan disatu saat nanti aku mendapat ketenangan didalam kehidupan, dimana di rumah kebahagiaan disamping isteri dan anak2, di kawasan sejiran, aku keceriaan bersama penduduk setempat, bagi aku itulah kebahagiaan.
Ok lah sebab aku baru nak bermula disini maka aku tinggalkan catatan ini sampai sini aje dulu...